" Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Bikum... Assalamu'alaikum wtb., welcome & Selamat Datang... Semoga Anda Semua Mendapat Manfaat Daripada Rencana-Rencana Di Blog ini... Terima Kasih DiUcapkan... "

Ahlan Wasahlan ya Marhaban Bikum... & Assalamu"alaikum wtb...

Alhamdulillahi rabbil 'alamin hamdan syakirin...

Syukur kpd Allah swt... impian saya utk memiliki sebuah blog peribadi yg berunsurkan islamic akhirnyer tercapai... terime kaseh sayer ucapkan kerane sudi melawat blog sayer nie... semoga blog sayer nie dpt memberi manfaat atau ape sajer yg memberi kebaikan kpd anda atau rakan-rakan smue... komen atau pandangan drp anda atau rakan-rakan smue amat sayer alu-alukan...

Harap saya dpt menggunakan kemudahan ini dgn baik...
& di harap juga rakan-rakan diluar sana dpt memberi tunjuk ajar kpd saya supaya dpt mencipta blog yg lebih menarik & penuh berinfomasi lagi... insyaAllah...

Setakat ini shj dr saya...
Wassalam...
jazakAllah khair...

Jgn lupe lawati blog My Computer World...

Salam'alaik wtb...

Jangan lupe ntuk melawat blog My Computer World d http://al-faizun-komputer.blogspot.com/... byk tips2 yg telah sayer postkan & sentiase diup2datekan... insyaAllah...

Sekian, wassalam...

Seketika Bersama Dr. Hj. Fadzilah Kamsah...

Rabu, 26 Disember 2007

Pesanan drp Baginda Rasulillah s.a.w.

Assalamualaikum wtb...

1.) Tiga perkara yang mesti dijauhi:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang ertinya:
"Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut2 kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.

2.) Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang artinya:
"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat
sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

3.) Lima benda yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:
Nabi Muhammad saw telah bersabda yang ertinya:
"Akan datang satu masa pada umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu:
1. Mereka mencintai dunia dan lupa akhirat.
2. Mereka mencintai kehidupan dan lupa pada kematian.
3. Mereka cinta pada istana dan lupa pada kuburan.
4. Mereka cinta harta dan lupa pada perhitungan di akhirat.
5. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."

4.) Cantiknya iman dan amal soleh:
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya:
"Ada dua benda yang tiada sesuatu yang lebih baik dari keduanya:
1. Beriman kepada Allah.
2. Memberi manfaat kepada muslimin.

Dan ada dua benda yang tiada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya:
1. Mensyirikkan Allah.
2. Menyakiti kaum muslimin."

Usman Al-Affan Berkata:
"Perkara yang paling sia-sia itu ada sepuluh macam iaitu: orang alim yang tidak dapat dijadikan tempat bertanya, ilmu yang tidak diamalkan, pendapat benar yang tidak diterima, senjata yang tidak dipakai, masjid yang tidak digunakan untuk tempat solat, mushaf yang tidak dibaca, harta yang tidak diinfakkan, kuda yang tidak ditunggangi, pengetahuan tentang zuhud yang ada pada hati orang yang cinta dunia dan umur yang panjang yang tidak dipakai untuk bekal perjalanan menuju alam akhirat."

Abu Darda' mengatakan, Cukuplah mengukur hinanya dunia, Sebab maksiat hanya ada
di dunia.Dan tidak akan mendapatkan keredhaan Allah kecuali dengan meninggalkan dunia dan berkata pula orang arif, Dunia ini ibarat bangkai yg telah membusuk. Barang siapa menghendaki itu,harus bersabar bergaul dengan anjing-anjing Sufyan bin Uyainah berkata kpd ats-Tsauri,'Berilah saya wasiat. Jawab ats-Tsauri, "Kurangi pergaulanmu dengan org lain". Bukankah telah diterangkan dalam hadis agar kita memperbanyakkan kenalan seperti Hadist riwayat Hakim dari Sayyidina Anas ra: Perbanyaklah berkenalan dengan orang mukmin.

Sebab pada setiap mukmin terdapat syafaat pada hari kiamat kelak. Jawab ats-Tsauri,Ya.. tetapi engkau tdk akan menemukan kekecewaan kecuali dari orang-orang yang engkau kenal. Sufyan bin Uyainah berkata, "Hal itu aku benarkan...". Wallahu'alamu bisshowab.

Isnin, 24 Disember 2007

Surah Al-Fatihah.

As'kum wtb...

Semoga boleh dimanfaatkan surah Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka cacatlah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita sekiranya kita tidak berhati-hati. Berikut dinyatakan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah.

Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA' (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya.
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan."!!!!

7. SIROTHOLLAZI... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8. AMIN . hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Wallahua'lamu bisshowab.

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, InsyaAllah. Wassalam.