" Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Bikum... Assalamu'alaikum wtb., welcome & Selamat Datang... Semoga Anda Semua Mendapat Manfaat Daripada Rencana-Rencana Di Blog ini... Terima Kasih DiUcapkan... "

Ahlan Wasahlan ya Marhaban Bikum... & Assalamu"alaikum wtb...

Alhamdulillahi rabbil 'alamin hamdan syakirin...

Syukur kpd Allah swt... impian saya utk memiliki sebuah blog peribadi yg berunsurkan islamic akhirnyer tercapai... terime kaseh sayer ucapkan kerane sudi melawat blog sayer nie... semoga blog sayer nie dpt memberi manfaat atau ape sajer yg memberi kebaikan kpd anda atau rakan-rakan smue... komen atau pandangan drp anda atau rakan-rakan smue amat sayer alu-alukan...

Harap saya dpt menggunakan kemudahan ini dgn baik...
& di harap juga rakan-rakan diluar sana dpt memberi tunjuk ajar kpd saya supaya dpt mencipta blog yg lebih menarik & penuh berinfomasi lagi... insyaAllah...

Setakat ini shj dr saya...
Wassalam...
jazakAllah khair...

Jgn lupe lawati blog My Computer World...

Salam'alaik wtb...

Jangan lupe ntuk melawat blog My Computer World d http://al-faizun-komputer.blogspot.com/... byk tips2 yg telah sayer postkan & sentiase diup2datekan... insyaAllah...

Sekian, wassalam...

Seketika Bersama Dr. Hj. Fadzilah Kamsah...

Rabu, 21 Januari 2009

Berpindah... al-faizun.com!

Salam'alaik wtb... dukacita & sukacita ingin dimaklumkan bahawa blog ini (al-faizun.blogspot.com) ana tidak lagi membuat sebarang posting... ini disebabkan, ana telah develope sebuah blog peribadi ana dengan CMS Joomla! dan ana akan giat aktif disana iaitu di blog ana yang baru, http://www.al-faizun.com


Harap maklum, syukran.

Khamis, 28 Februari 2008

Masjid Kristal.

Assalamu'alaikum wtb...

Baru-baru nie panas pasal muncul bayang-bayang bentuk patung buddha. Ader yang kater bayang-bayang syaitan... cube tengok video nie...



Topik ni ader di bincangkan di forum Putera.com...
ni link nyer... http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=52246&st=0

Apakah pandangan anda...?



Wallahu'alamu bisshowab.

Jumaat, 15 Februari 2008

Mukjizatnya Azan.

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidakkita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakanorang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang manasesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wallahu'alam.

Isnin, 4 Februari 2008

Jumaat, 1 Februari 2008

Kehebatan Surah Al-Ikhlas.

As'kum wtb., Blog dah ok... posting lagi...

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa
saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis
dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling
kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu
ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam
yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan
membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang
di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.


Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.


Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad
s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000
kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang
menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan."

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.


Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


P/S: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya;
2) Doa anak-anaknya yang soleh; &
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.