" Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Bikum... Assalamu'alaikum wtb., welcome & Selamat Datang... Semoga Anda Semua Mendapat Manfaat Daripada Rencana-Rencana Di Blog ini... Terima Kasih DiUcapkan... "

Ahlan Wasahlan ya Marhaban Bikum... & Assalamu"alaikum wtb...

Alhamdulillahi rabbil 'alamin hamdan syakirin...

Syukur kpd Allah swt... impian saya utk memiliki sebuah blog peribadi yg berunsurkan islamic akhirnyer tercapai... terime kaseh sayer ucapkan kerane sudi melawat blog sayer nie... semoga blog sayer nie dpt memberi manfaat atau ape sajer yg memberi kebaikan kpd anda atau rakan-rakan smue... komen atau pandangan drp anda atau rakan-rakan smue amat sayer alu-alukan...

Harap saya dpt menggunakan kemudahan ini dgn baik...
& di harap juga rakan-rakan diluar sana dpt memberi tunjuk ajar kpd saya supaya dpt mencipta blog yg lebih menarik & penuh berinfomasi lagi... insyaAllah...

Setakat ini shj dr saya...
Wassalam...
jazakAllah khair...

Jgn lupe lawati blog My Computer World...

Salam'alaik wtb...

Jangan lupe ntuk melawat blog My Computer World d http://al-faizun-komputer.blogspot.com/... byk tips2 yg telah sayer postkan & sentiase diup2datekan... insyaAllah...

Sekian, wassalam...

Seketika Bersama Dr. Hj. Fadzilah Kamsah...

Selasa, 6 November 2007

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan...

Seseoranag Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Rasulullah s.a.w. memberi banyak peringatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda: “Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam Neraka itu sabagai hasil ‘tuaian’ (ejekan) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Riwayat at-Tirmizi). Pesan Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi.) Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Riwayat Bukhari & Msulim.) Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: “Taqwa kepada Allah s.w.t. dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.” Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.) Ibnu Abib-Dunya meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak masuk Syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah langsung. Allah s.w.t. mengurniakan hambaNya dengan sebaik-baiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah bahawa alam Akhirat bukan perkara yang main-main. Wallahu’alamubisshowab.