" Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Bikum... Assalamu'alaikum wtb., welcome & Selamat Datang... Semoga Anda Semua Mendapat Manfaat Daripada Rencana-Rencana Di Blog ini... Terima Kasih DiUcapkan... "

Ahlan Wasahlan ya Marhaban Bikum... & Assalamu"alaikum wtb...

Alhamdulillahi rabbil 'alamin hamdan syakirin...

Syukur kpd Allah swt... impian saya utk memiliki sebuah blog peribadi yg berunsurkan islamic akhirnyer tercapai... terime kaseh sayer ucapkan kerane sudi melawat blog sayer nie... semoga blog sayer nie dpt memberi manfaat atau ape sajer yg memberi kebaikan kpd anda atau rakan-rakan smue... komen atau pandangan drp anda atau rakan-rakan smue amat sayer alu-alukan...

Harap saya dpt menggunakan kemudahan ini dgn baik...
& di harap juga rakan-rakan diluar sana dpt memberi tunjuk ajar kpd saya supaya dpt mencipta blog yg lebih menarik & penuh berinfomasi lagi... insyaAllah...

Setakat ini shj dr saya...
Wassalam...
jazakAllah khair...

Jgn lupe lawati blog My Computer World...

Salam'alaik wtb...

Jangan lupe ntuk melawat blog My Computer World d http://al-faizun-komputer.blogspot.com/... byk tips2 yg telah sayer postkan & sentiase diup2datekan... insyaAllah...

Sekian, wassalam...

Seketika Bersama Dr. Hj. Fadzilah Kamsah...

Rabu, 26 Disember 2007

Pesanan drp Baginda Rasulillah s.a.w.

Assalamualaikum wtb...

1.) Tiga perkara yang mesti dijauhi:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang ertinya:
"Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut2 kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.

2.) Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang artinya:
"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat
sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

3.) Lima benda yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:
Nabi Muhammad saw telah bersabda yang ertinya:
"Akan datang satu masa pada umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu:
1. Mereka mencintai dunia dan lupa akhirat.
2. Mereka mencintai kehidupan dan lupa pada kematian.
3. Mereka cinta pada istana dan lupa pada kuburan.
4. Mereka cinta harta dan lupa pada perhitungan di akhirat.
5. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."

4.) Cantiknya iman dan amal soleh:
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang ertinya:
"Ada dua benda yang tiada sesuatu yang lebih baik dari keduanya:
1. Beriman kepada Allah.
2. Memberi manfaat kepada muslimin.

Dan ada dua benda yang tiada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya:
1. Mensyirikkan Allah.
2. Menyakiti kaum muslimin."

Usman Al-Affan Berkata:
"Perkara yang paling sia-sia itu ada sepuluh macam iaitu: orang alim yang tidak dapat dijadikan tempat bertanya, ilmu yang tidak diamalkan, pendapat benar yang tidak diterima, senjata yang tidak dipakai, masjid yang tidak digunakan untuk tempat solat, mushaf yang tidak dibaca, harta yang tidak diinfakkan, kuda yang tidak ditunggangi, pengetahuan tentang zuhud yang ada pada hati orang yang cinta dunia dan umur yang panjang yang tidak dipakai untuk bekal perjalanan menuju alam akhirat."

Abu Darda' mengatakan, Cukuplah mengukur hinanya dunia, Sebab maksiat hanya ada
di dunia.Dan tidak akan mendapatkan keredhaan Allah kecuali dengan meninggalkan dunia dan berkata pula orang arif, Dunia ini ibarat bangkai yg telah membusuk. Barang siapa menghendaki itu,harus bersabar bergaul dengan anjing-anjing Sufyan bin Uyainah berkata kpd ats-Tsauri,'Berilah saya wasiat. Jawab ats-Tsauri, "Kurangi pergaulanmu dengan org lain". Bukankah telah diterangkan dalam hadis agar kita memperbanyakkan kenalan seperti Hadist riwayat Hakim dari Sayyidina Anas ra: Perbanyaklah berkenalan dengan orang mukmin.

Sebab pada setiap mukmin terdapat syafaat pada hari kiamat kelak. Jawab ats-Tsauri,Ya.. tetapi engkau tdk akan menemukan kekecewaan kecuali dari orang-orang yang engkau kenal. Sufyan bin Uyainah berkata, "Hal itu aku benarkan...". Wallahu'alamu bisshowab.

Isnin, 24 Disember 2007

Surah Al-Fatihah.

As'kum wtb...

Semoga boleh dimanfaatkan surah Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka cacatlah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita sekiranya kita tidak berhati-hati. Berikut dinyatakan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah.

Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA' (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya.
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan."!!!!

7. SIROTHOLLAZI... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8. AMIN . hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Wallahua'lamu bisshowab.

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, InsyaAllah. Wassalam.

Rabu, 5 Disember 2007

Kasih Sayang Baginda Rasulullah s.a.w....

As'kum wtb.... Utk Renungan Bersama.

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

Selasa, 6 November 2007

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan...

Seseoranag Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Rasulullah s.a.w. memberi banyak peringatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda: “Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam Neraka itu sabagai hasil ‘tuaian’ (ejekan) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Riwayat at-Tirmizi). Pesan Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi.) Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Riwayat Bukhari & Msulim.) Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: “Taqwa kepada Allah s.w.t. dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.” Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.) Ibnu Abib-Dunya meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak masuk Syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah langsung. Allah s.w.t. mengurniakan hambaNya dengan sebaik-baiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya. Ingatlah bahawa alam Akhirat bukan perkara yang main-main. Wallahu’alamubisshowab.